Friday 29 March 2013





Allah berfirman dalam surah Al-ahzab ayat ke 59 yang bermaksud:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani 

Di dalam ayat ini Allah menegaskan bagi kaum wanita supaya melabuhkan pakainnya sama ada baju, tudung, dan lain-lain.
Tapi yang menyedihkan sekarang ramai wanita yang tidak mengendahkan kata-kata Allah ini. Sekarang 
ramai perempuan BERPAKAIAN tapi TELANJANG!!!

NAUZUBILLAHI MIN ZALIK!!!
Antara kesalahan kaum hawa dalam berpakaian


Ana sedih melihat kaum wanita pada zaman sekarang. Pakai tudung tapi lebih pentingkan fesyen daripada syariat…
Pakai baju tapi masih kelihatan susuk tubuh badan yang boleh menaikkan nafsu para adam…NAUZUBILLAH..

Sekarang pelbagai fesyen busana muslimah yang keluar. Tapi sayang semua itu menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh syariat..

Wahai muslimah, bukalah mata hatimu wahai hawa, tanya pada dirimu adakah perbuatanmu ni menghalalkan cara?? Mampukah kalian meraih redha Allah jika terus berpakaian sedemikian??


8 Sifat Pakaian Wanita Islam 
a. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda : 
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

b. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

c. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.

Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

e. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)


f. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
    “Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
Ingat wahai muslimah!!
selangkah kamu keluar dari rumahdalam keadaan auratmu tidak tertutupmaka selangkah juga
ayahmu hampir ke neraka

g. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niruatau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas :
    “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
    (Riwayat Bukhari)

h. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

i. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.