Thursday 26 July 2012

اهلن وسهلن يا رمضان....


ALHAMDULILLAH..
marilah kita sama-sama bersyukur kerana
kita semua masih diberi peluang ALLAH
untuk bertemu Ramadhan pada tahun ini..

Kita disarankan memperbanyakkan amalan pada bulan ini kerana Allah telah menjanjikan ganjaran yang begitu banyak buat hamba-hambanya...contoh amalan yang boleh kita semua lakukan ialah tadarus al-Quran, menambahkan bilangan tahajud, bersedekah dan lain lagi yang boleh memberi pahala bagi kita semua..

Tapi harus diingatkan bahawa segala perbuatan kita mestilah hanya satu tujuan iaitu untuk mencapai REDHANYA..

Tapi ada sesetengah masyarakat mereka hanya melakukan amal kebajikan hanya bulan Ramadhan sahaja..
bila habis je Ramadhan,,semua ditinggalkan...baca al-Quran jarang-jarang..sampai berhabuk al-Quran lama sangat tak dibacanya..

Ada sesetengah tu,,asal tiba je Ramadhan baru sibukkan diri nak pi masjid..suka je tengok masjid..
penuh je orang..ramai nya orang smbhyang smpai x muat masjid...
tapi bila Ramadhan dah nak hampir kepada penghujungnya...
orang yang smbhyang dkat masjid dah brkurang..
kalu solat terawih tu satu saf x pnuh..isy3,,
lgi dhsyat time zohor dgn asar
ad tok bilal dngan tok imam je..

Mana semua orang!!!
orang duk sibuk pi bndaq cri bju raya lh, kasut raya lh, stoking raya lh, songkok raya lh,
sampai x ingat kt masjid,,
syok sangat shopping nk buat mcam mana..

Orang len duk sibuk cari mlam lailatulqadar..  
kita duk sibuk barang2 raya,,

Ya Rabbana
bkan nya snang nk jmpa dngan malam lailatulqadar..
stahun skali je,,
x kan nk lpas mcm tu je mlam yg pnuh dngan Rahmat Allah..


Sebelum terlambat marilah kita sama-sama berubah diri kita kearah kebaikan,,
jadikan Ramadhan bulan Tarbiyah..
bulan mendidik rohani dan jasmani kita..

Dan jangan pulak bila habis je Ramadhan..
semua amalan kita pada blan ni..
kita terus tnggalkan..
jangan,,
cuma di bulan yang penuh barakah ini
kita disarankan melipat gandakan amalan-amalan kita
berbanding bulan-bulan seterusnya..

jdikan Ramadhan ini satu wasilah untuk kita semua mendekatkan lagi dri kita
dengan Al-Khaliq,,wallahualam,,

~mohon diampunkan sgala ksalahn atau kksaran bhasa yg dgnakn~

SALAM RAMADHAN DARIPADA ANA NAFISAH RAYYAN..


Friday 20 April 2012

"KAWAN KETAWA MUDAH DIKETEMUI KAWAN MENANGIS JARANG DIJUMPAI"



"ALHAMDULILLAH YA ALLAH".......itu yang mampu ana ucapkan sebab ana syukur sangat ditemukan oleh ALLAH dengan sahabat2 yang sanggup bersama ana sama ada tika ana gembira dan tika ana sedih...

SAHABAT SEJATI ni ialah sahabat yang mampu bersama kita walau pelbagai onak dan duri melanda...
Pertemuan ana dengan sahabat2 ana telah mengajar ana erti sebuah persahabatan....
Mengikat tali persahabatan bukanlah satu perkara yang mudah,,,kita kenalah sayang antara satu sama lain, hormat menghormati dan menjaga hati sahabat kita..

Kita seringkali ucap pada sahabat2 kita "ana uhibbukum lillah!!!!".....tapi dalam masa yang sama kita meyakiti hati sahabat2....ceritakan keburukan sahabat kita pada orang lain...NAUZUBILLAH,,,,kata sayang kerana ALLAH...tapi kenapa khianati sahabat kita....

Bila ada sahabat2 kita lakukan sedikit kesilapan,,mulalah menjauhkan diri....kononnya tak nak terlibat..mulalah cerita kat orang,,"tadi aku nampak ***** buat ni,,,buat tu....bla,,bla"....amboi!!! kesalahan orang cepat je kita nampak...dah yang kita duk cerita kat orang pasal keburukan orang lain tu..BAGUS SANGAT LAH!!!
TAPI!!!Seorang Muslim yang sayang sahabatnya akan menegur kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya dan menasihatinya..bukannya menjauhkan diri,,,sahabat sejati akan menutup aib sahabatnya kerana merupakan satu amanah dalam bersahabat...ALLAHU AKBAR!!!dan kita sebagai manusia haruslah saling nasihat-menasihati kerana manusia itu sentiasa alpa dan sering melakukan kesilapan,,

kenangan brsma sahabat IMTIAZ Q-BER

SAHABAT SEJATI ialah yang mana sahabat yang melihat sahabatnya sakit dia turut merasa sakit...yang sentiasa beri kekuatan...yang menemani setiap masa...yang sering mendoakan supaya diringankan sakit yang dialami oleh sahabatnya,,,
ni tidak bila ziarah kawan sakit,,mulut tu tak habis-habis pot pet duk crita perkara yang tak elok..."aku dengar penyakit tak de ubat,,ramai orang meninggal sebab hidap penyakit ni..",,,"aku tengok kau dah mcam tak de harapan nak sembuh.." CILI mulut tu baru tahu..bukannya nak angkat tangan berdoa kat ALLAH mohon disembuhkan penyakit sahabat tu....

Bila kita dilanda kesedihan,,,sahabatlah tempat kita mengadu selain ALLAH...SAHABAT SEJATI akan membelai kita,,akan memujuk kita,,akan push kita dengan kata2 semangat,,yang membawa kita lari dari kesedihan kita alami,,yang menghiburkan kita dengan ayat-ayat cinta ALLAH....dan yang paling hebat ialah yang turut sama mengalirkan airmatanya kerana tidak sanggup melihat kita sedih,,,SUBHANALLAH!!!
Begitu payah untuk mencari sahabat yang sebegini,,,dalam 1000 adalah 10 orang

Jazakillah khairan kasir buat semua sahabat ana yang sanggup mengikat tali ukhuwah bersama ana,,tatkala berbagai-bagai ujianNya datang menimpa namun kesabaran hadir untuk mempertahankan PERSAHABATAN kita...saat kita berjauhan tapi kita saling mengingati melalui doa,,,bila takdir menentukan untuk kita berpisah kenanganlah yang sentiasa hadir bermain-main di mata kita....

ANA SAYANG KAMU SEMUA LILLAHI TAALA!!!!!!!!!


"SAHABAT YANG BAIK IALAH APABILA KITA MELIHAT WAJAHNYA MENGINGATKAN KEPADA ALLAH"


"UKHUWAH ITU UMPAMA UNTAIAN TASBIH,,
BUTIR2 TASBIH ITU MEWAKILI ROH2 YG TERJALIN,,
MANAKALA IKTAN TALI TASBIH MWKILI UKHUWAH TRSBUT,,
SKIRANYA IKATAN TERSEBUT TERPUTUS,,
MAKA AKAN BERCERAILAH,,,
ROH2 TERSEBUT MENJADI JAUH...."


~entry ana tidaklah sehebat ukhti Fatimah Syarha,,patah2 kata yang digunakan tidaklah sesedap akhi Hilal Asyraf,,ana hanya insan yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNYA dalam setiap perkara yang ana lakukan,,asif jiddan jika ada perkataan ana sedikit kasar dan menyinggung hati sesetengah pihak,,wallahu'alam~

Tuesday 10 January 2012

Menutup AURAT itu INDAH,,,

Sahabat A: Apasal kau moyok semcam ni??
Sahabat B: Rambut aku rosak lah,,tngok ni kering2 & pecah2,,
                  Dh mcam2 cra aku buat,,,dh mcam2 salon aku pgi,,,
                  smua x jd,,,kau ad solutionnyer??
Sahabat A: Ad,,jap eh,,,,
Sahabat B: Nk pgi mne plak bdak tu,,,,
Sahabat A: Nah kau ambik tdung ni tutup rmbut engkau,,,
                  brulah rmbut kau x rosak,,x kering2,,,x pecah2,,
                  duit kau pom x abis bli shampo tu,,,shampo ni,,,pgi salon sne,,salon sni,,
Sahabat B: eeerrrrrmmmmm,,,,,,,
Sahabat A: Niat aku bkan nk mnyindir kau tp bkan ke mnutup aurat tu lbih indah,,,

MORAL: wanita lebih cntik dpndang jika brtudung lbih2 lg brjilbab,,,,
                lgi cntik kalau pakai sarung tngan n sarung kaki,,,


Monday 9 January 2012

CEMBURUKAH BIDADARI SYURGA KEPADAKU???

 Diriku bukanlah Khadijah
Yang begitu sempurna peribadinya
Agung cintanya kepada ALLAH & Rasulullah
Diperjuangkan hartanya Fisabilillah

Bukan pula Aisya Humaira'
Isteri yang bijak bestari lagi faqihah
Srikandi Islam yang teguh keimanannya 
Ummul Mukminin gelaran ternama
Peniup semangat suami tercinta

bukan juga penghulu wanita di syurga 
Puteri Rasulullah Siti Fatimah 
Akur setiap perintah suami juga ayah
Harta duniawi tidak dipeduli
Tak pernah dipinta, dituntut jauh sekali

Bukan pula Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Yang pengharapannya hanya pd ALLAH
Ditinggal suami akur tanpa bantah
Saat ujian datang menimpa
Ketabahan diuji kali kedua 
Anak kesayangan hendak disembelih bapanya

Diriku hanyalah insan yang lemah 
Yang sentiasa memerlukan 
Petunjuk ALLAH dalam tindakanku
Yang menjadikan Rasulullah 
Sebagai idolaku
Yang menjadikan Islam 
Sebagai panduan hidup di dunia
Yang menjadikan taqwa 
Sebagai bekalan menuju 
AKHIRAT!!!