Friday 20 April 2012

"KAWAN KETAWA MUDAH DIKETEMUI KAWAN MENANGIS JARANG DIJUMPAI"



"ALHAMDULILLAH YA ALLAH".......itu yang mampu ana ucapkan sebab ana syukur sangat ditemukan oleh ALLAH dengan sahabat2 yang sanggup bersama ana sama ada tika ana gembira dan tika ana sedih...

SAHABAT SEJATI ni ialah sahabat yang mampu bersama kita walau pelbagai onak dan duri melanda...
Pertemuan ana dengan sahabat2 ana telah mengajar ana erti sebuah persahabatan....
Mengikat tali persahabatan bukanlah satu perkara yang mudah,,,kita kenalah sayang antara satu sama lain, hormat menghormati dan menjaga hati sahabat kita..

Kita seringkali ucap pada sahabat2 kita "ana uhibbukum lillah!!!!".....tapi dalam masa yang sama kita meyakiti hati sahabat2....ceritakan keburukan sahabat kita pada orang lain...NAUZUBILLAH,,,,kata sayang kerana ALLAH...tapi kenapa khianati sahabat kita....

Bila ada sahabat2 kita lakukan sedikit kesilapan,,mulalah menjauhkan diri....kononnya tak nak terlibat..mulalah cerita kat orang,,"tadi aku nampak ***** buat ni,,,buat tu....bla,,bla"....amboi!!! kesalahan orang cepat je kita nampak...dah yang kita duk cerita kat orang pasal keburukan orang lain tu..BAGUS SANGAT LAH!!!
TAPI!!!Seorang Muslim yang sayang sahabatnya akan menegur kesilapan yang dilakukan oleh sahabatnya dan menasihatinya..bukannya menjauhkan diri,,,sahabat sejati akan menutup aib sahabatnya kerana merupakan satu amanah dalam bersahabat...ALLAHU AKBAR!!!dan kita sebagai manusia haruslah saling nasihat-menasihati kerana manusia itu sentiasa alpa dan sering melakukan kesilapan,,

kenangan brsma sahabat IMTIAZ Q-BER

SAHABAT SEJATI ialah yang mana sahabat yang melihat sahabatnya sakit dia turut merasa sakit...yang sentiasa beri kekuatan...yang menemani setiap masa...yang sering mendoakan supaya diringankan sakit yang dialami oleh sahabatnya,,,
ni tidak bila ziarah kawan sakit,,mulut tu tak habis-habis pot pet duk crita perkara yang tak elok..."aku dengar penyakit tak de ubat,,ramai orang meninggal sebab hidap penyakit ni..",,,"aku tengok kau dah mcam tak de harapan nak sembuh.." CILI mulut tu baru tahu..bukannya nak angkat tangan berdoa kat ALLAH mohon disembuhkan penyakit sahabat tu....

Bila kita dilanda kesedihan,,,sahabatlah tempat kita mengadu selain ALLAH...SAHABAT SEJATI akan membelai kita,,akan memujuk kita,,akan push kita dengan kata2 semangat,,yang membawa kita lari dari kesedihan kita alami,,yang menghiburkan kita dengan ayat-ayat cinta ALLAH....dan yang paling hebat ialah yang turut sama mengalirkan airmatanya kerana tidak sanggup melihat kita sedih,,,SUBHANALLAH!!!
Begitu payah untuk mencari sahabat yang sebegini,,,dalam 1000 adalah 10 orang

Jazakillah khairan kasir buat semua sahabat ana yang sanggup mengikat tali ukhuwah bersama ana,,tatkala berbagai-bagai ujianNya datang menimpa namun kesabaran hadir untuk mempertahankan PERSAHABATAN kita...saat kita berjauhan tapi kita saling mengingati melalui doa,,,bila takdir menentukan untuk kita berpisah kenanganlah yang sentiasa hadir bermain-main di mata kita....

ANA SAYANG KAMU SEMUA LILLAHI TAALA!!!!!!!!!


"SAHABAT YANG BAIK IALAH APABILA KITA MELIHAT WAJAHNYA MENGINGATKAN KEPADA ALLAH"


"UKHUWAH ITU UMPAMA UNTAIAN TASBIH,,
BUTIR2 TASBIH ITU MEWAKILI ROH2 YG TERJALIN,,
MANAKALA IKTAN TALI TASBIH MWKILI UKHUWAH TRSBUT,,
SKIRANYA IKATAN TERSEBUT TERPUTUS,,
MAKA AKAN BERCERAILAH,,,
ROH2 TERSEBUT MENJADI JAUH...."


~entry ana tidaklah sehebat ukhti Fatimah Syarha,,patah2 kata yang digunakan tidaklah sesedap akhi Hilal Asyraf,,ana hanya insan yang lemah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNYA dalam setiap perkara yang ana lakukan,,asif jiddan jika ada perkataan ana sedikit kasar dan menyinggung hati sesetengah pihak,,wallahu'alam~

No comments:

Post a Comment