Sunday 7 April 2013

Iman Adam...


                Seusai solat isyak berjemaah,  seperti biasa Adam bersalaman dengan walid dan uminya. “Adam minta maaf walid, umi.” En. Ehsan lantas berkata “anak walid ni tak ada buat salah pun dengan walid dan umi. Tak begitu uminya?” “Betul tu kata walid. Adam kan anak yang baik. Jadi, Alhamdulillah tak ada salah pun di mata kami setiap  apa yang  Adam buat. Malah semuanya menyenangkan dan mengembirakan hati umi dan walid.” Puan Fatimah menjawab persoalan suaminya dengan tenang disusuli senyuman yang manis. Adam bangun lalu mencium umi dan walidnya dengan penuh kasih sayang.

 “Jom kita bersiap untuk makan malam.” Ajak puan Fatimah. “Jom! Adam pun dah lapar ni.” Kata Adam sambil memegang  perutnya yang buncit.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
               

“Alhamdulillah. Sedapnya bau, umi!” celoteh Adam. “Sedap ke bau umi?” kata Pn. Fatimah sambil menahan ketawa. En. Ehsan juga tidak tahan melihat keletah anaknya itu. “Bukan umi yang bau sedap. Tapi lauk yang umi masak ni sedap. Tapikan umi Adam ni lagi sedap baunya dari makanan ni.” Jawab Adam sambil memeluk uminya. “Dah-dah. Jom kita makan. Nanti sejuk pula makanan tu.” En. Ehsan bersuara.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


                “Minum bang.” Kata Pn. Fatimah sambil menghulurkan segelas air kopi kepada suaminya seraya duduk di sebelah En. Ehsan. “Terima kasih.” En. Ehsan menyambut dengan senyuman.

“Adam, khusyuknya kamu tengok tv. Sekolah nak buka tak berpa lama lagi. Adam dah sedia ke?” Tanya En. Ehsan. “Adam dah sedia walid. Tapi walid, Adam ada satu permintaan. Kalau Adam minta walid kasi tak?” soalan dijawab dengan soalan. “InsyaAllah kalau apa yang Adam minta tu benda yang baik walid akan kasi. Kalau benda tu tak menyenangkan hati walid dan umi, walid akan pertimbangkan. Apa dia?” “Terima kasih walid. Walid… Umi… kalau Adam tak nak belajar kat sekolah kerajaan boleh?” Tanya Adam. “Habis tu Adam nak belajar kat mana?” En. Ehsan  bertanya kembali.

“Umi, walid Adam nak belajar kat maahad tahfiz. Adam nak jadi hafiz umi, walid.” Adam menyatakan hasratnya. “Kalau Adam masuk maahad nanti bila dah besar Adam nak kerja apa?” Tanya Pn. Fatimah  dengan sedikit keresahan. “Adam nak jadi ustaz. Tapi Umi orang yang hafaz Al-quran sentiasa dijaga Allah. Boleh kerja macam-macam.” Pn. Fatimah terkesima dengan jawapan anaknya yang tidak lama lagi akan menginjak ke umur  7 tahun sambil memandang suaminya.

“Kalau begitu keputusan Adam, walid terima. Walid tidak berhak membantah sebab tu keputusan yang Adam buat untuk diri Adam. Adam rasa benda adalah yang terbaik untuk diri Adam, silakan. Maahad tahfiz mana Adam nak masuk?”En. Ehsan berkata dengan tenang sambil mengusap lembut kepala anaknya itu. “Maahad Tahfiz An-Nur! Terima kasih walid.” Sambil mencium walidnya.

“Umi?” Tanya Adam. “Umi redha Adam masuk maahad tahfiz.” Kata Pn. Fatimah menahan sebak di dada. Lantas Adam mencium uminya sebagai tanda penghargaan.

Itulah  Iman Adam. Permata tunggal En. Ehsan dan Pn. Fatimah. Berusia 6 tahun namun fikirannya mengalah orang yang tua darinya. Dialah penyeri keluarga itu. Matangnya dalam semua perkara membuat ramai orang kagum dengannya kerana dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mana masa itu mereka masih belum kenal tentang akhirat dan hanya memenuhi masa dengan senorok dalam dunia mereka. Adam adalah anugerah Allah yang hebat.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                Alhamdulillah impian Adam untuk menjadi pelajar di Maahad Tahfiz An-Nur menjadi kenyataan. Seawal umur 7 tahun mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu menjadi seorang hafiz. Dan pada saat ini kanak-kanak yang sebaya dengannya gembira dengan belajar ilmu duniawi.

                “Tak apa ke Adam kat hostel ni? Adam tak takut ke? Adam pandai tak uruskan kehidupan Adam kat sini?” Tanya pn. Fatimah dengan penuh kerisauan.

                “Umi, umi tak perlulah risau sangat. InsyaAllah Adam boleh uruskan kehidupan Adam kat sini. Umi, Allah kan ada. Allah sentiasa ada bersama Adam untuk menjaga Adam. Lagipun Allah dah hantarkan abang Baihaqi untuk bimbing Adam kat sini. Umi tak payah risau sangat ye.” Kata Adam seraya memeluk uminya erat.

                “Kamu tolong tengok-tengokkan anak uncle ni. Dia ni kecil lagi. Baru 7 tahun. Sifat kanak-kanak dalam diri dia tu ada lagi. Kamu yang tua tolonglah beri tunjuk ajar pada dia. Jangan pula kamu membuli dia pula. Uncle amanahkan kamu untuk jagakan dia uncle dan aunty.” Pesan En. Ehsan kepada Baihaqi yang merupakan ketua bilik Ar-Rahman.

“InsyaAllah uncle. Dah memang jadi tanggunggjawab saya sebagai senior kat bagi tunjuk ajar kat junior-junior yang baru masuk. Lagipun saya antara pelajar yang lama menuntut di sini.” Baihaqi menyambut amanah itu dengan tenang.

“Fatimah, dah jom kita balik. Nanti tak pasal-pasal kita ganggu aktiviti yang telah pihak maahad sediakan.” Kata En. Ehsan kepada isterinya. “Tapi bang…” Belum sempat Pn. Fatimah menghabiskan bicaranya, En. Ehsan telah memotong terlebih dahulu  “Tak ada tapi-tapi lagi. Dah lewat ni. Tak apa Adam dah ada Abang Baihaqi yang akan tengok-tengokkan dia kat sini. Dah jom.” Ajak En. Ehsan.

“Adam jaga diri baik-baik ya, nak. Jangan nakal-nakal tau. Umi tak suka. Umi nak anak umi jadi anak yang soleh.” Pn. Fatimah mencium dahi puteranya dengan linangan airmata.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                Alhamdulillah, dalam masa 3 tahun setengah Adam mampu menghafal 30 juzuk Al-quran. Seawal usia 8 tahun sudah bergelar seorang hafiz. Subhanallah sungguh hebat kanak-kanak seusia ini mampu habiskan hafazan qurannya dalam masa 3 tahun. Sedangkan ramai kanak-kanak seusia dengannya baru didedahkan tentang ilmu Al-Quran seusia 9 tahun.

                “Walid, Adam nak ikut walid pergi ceramah tu boleh?” Tanya Adam. “Adam nak buat apa kat majlis tu. Adam bukan dengar pun apa yang diceramahkan.” Tanya Pn. Fatimah.

                “Adam boleh mengaji kat sana. Adam bosan lah duduk rumah sorang-sorang. Lagipun dekat rumah ni banyak gangguan.” Jelas Adam.

                “Hah! Gangguan? Gangguan apa? Adam pernah lihat benda pelik ke berlaku dalam rumah ni?” Tanya Pn. Fatimah panik.

                “Bukan gangguan tulah umi. Gangguan tv, internet, PS3. Adam takut iman Adam tak kuat nka hadapi semua tu. Lebih baik Adam ikut walid dengan umi pergi majlis tu. Adam boleh mengaji dengan lebih focus lagi.” Terang Adam kepada umi dan walidnya.

                “Pergilah bersiap. Cakap nak ikut walid dengan umi pergi ceramah.” Kata En. Ehsan dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

                “Jadi Adam boleh ikut sekali lah walid?” Tanya Adam untuk kepastian. “Ya.” Jawab En. Ehsan dan Pn. Fatimah serentak sambil ketawa melihat gelagat putera mereka.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “Adam nak keluar tak? Adam nak ikut walid tak pergi kedai tu?” Tanya En. Ehsan sambil menyusun kertas yang ingin difotostatkan.

                “Urm, tak pe lah walid. Barang-barang Adam ada lagi. Semuanya masih elok lagi. Tak pe lah, walid pergi sorang sudahlah.” Jelas Adam.

                “Betul tak nak pergi ni? Confirm?” Tanya En. Ehsann untuk kepastian. “Betul. Lagipun Adam penatlah. Adam nak rehat kejap.” Terang Adam. “Tak pelah kalau macam tu. Adam jangan nakal-nakal tau.” Pesan En. Ehsan.

                En. Ehsan keluar kereta dengan perasaan yang kurang menyenangkan. Baru sahaja dia melintas separuh jalan, tiba-tiba DUUMMM!!!! Satu dentuman kuat kedengaran. Dan apabila En.Ehsan pusing ke belakang dia telah melihat tubuh puteranya, Adam sudah terbaring lemah di atas jalan raya. Tanpa membuang masa En. Ehsan pantas berlari ke arah jasad yang lemah itu.

                “Ya Allah, anak walid. Allahuakbar!! Adam bangun nak. Buka mata nak. Walid ada kat sini.” Rintih En. Ehsan sambil memangku kepala puteranya.

                “Allah, sakitnya walid.. Allah…. Allah……. Allah………..sakitnya. Wa…lid.. Adam…. min…ta maaf.” Adam memohon maaf dalam nada tersekat-sekat lantas menutup mata.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                “Abang, macam mana keadaan anak kita?” Pn. Fatimah meluru masuk ke bahagian menunggu lantas memeluk suaminya erat.

                “Sabar Fatimah. Abang pun sekarang sedang  menunggu. Anak kita masih di dalam dewan pembedahan.” Jelas En. Ehsan.

                “Macam mana boleh jadi macam ni, bang?” Tanya Pn. Fatimah dalam sendu. “Semuanya salah abang. Sebelum abang melintas abang tak pusing ke belakang tengok keadaan anak kita.” En. Ehsan berkata dalam tangis sambil menekup muka dengan tangannya.

                “Abang, dalam hal ni kita tak boleh salahkan siapa-siapa. Abang mahupun Adam. Semuanya dah ditentukan oleh Allah. Dah dirancang oleh DIA. Kita tak boleh nak mengelak. Cuma sekarang ni kita hanya perlu berdoa semoga anak kita selamat.” Pn. Fatimah menenangkan suaminya yang gelisah.

                “InsyaAllah sayang. Adam adalah satu-satunya amanah Allah untuk kita kat dunia ni. Abang tak puas lagi nak pikul amanah ni. Dia permata bagi keluarga kita.” Kata En. Ehsan dengan mata berkaca. “Jom kita pergi solat dulu. Mohon keselamatan buah hati kita daripada Allah.” Kata En. Ehsan sambil mengesat airmatanya.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

               
                “Encik ni bapa kepada Iman Adam ke?” Tanya seorang lelaki yang berpakaian doktor.
“Ya. Saya walidnya. Macam mana keadaan anak saya doktor?” Tanya En. Ehsan.

                “Kami pihak hospital hanya mampu buat apa yang termampu sahaja. Selain dari itu kami serahkan padaNYA. Maaf saya katakana peluang untuk Adam hidup adalah sangat tipis. Dan jikalau Adam dapat teruskan hidup, dia hanya mampu berbaring dan tidak mampu untuk berdiri kerana otaknya di sebelah kanan hancur sekaligus tidak mampu untuk menampung badannya. Saya harap tuan, puan dapat terima berita dengan tenang. Saya minta diri dulu.” Doktor menerangkan segala-galanya kepada En. Ehsan dan Pn. Fatimah.

                “ALLAHUAKBAR! INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI’UN.” hanya itu yang mampu  keluar dari mulut pasangan itu.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

                Kini keadaan Adam seperti apa yang dikhabarkan oleh doktor tersebut. Adam tidak mampu berbuat apa-apa.

                Sepanjang keadaannya seperti itu, sudah tiga kali nadinya berhenti. Namun dengan kuasa Allah sehingga hari ini Adam masih lagi mampu bernyawa. Itulah orang-orang yang terpilih berada dalamm golongan jagaan Allah. Lebih-lebih lagi seorang hafiz yang sentiasa dalam jagaanNYA.
InsyaAllah, aamin..

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


#Cerita ini bukan rekaan semata-mata tapi ini kisah benar.  Cuma ada sedikit penambahan.
Kisah adik Adam ni diceritakan oleh kakak saya, Atiqah yang mana dia telah ditugaskan bejumpa dengan adik Adam ketika melakukan praktikal di wad kanak-kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ). Nama walid dan umi Adam bukan nama sebenar. Tidak diberitahu.

Ketika dceritakan kepada saya, saya hanya mampu menahan sebak di dada. Saya sangat kagum dengan semangat adik Adam.

Namun apa-apa pun marilah sama-sama doakan untuk kesihatan adik Adam.

No comments:

Post a Comment